Sunday 7 December 2014

Lakarlah hidupmu ~~

Assalamualaikum wbt,

Salam ceria buat sahabat setia yang sudi singgah ke laman tarbiyah dan dakwah saya ini. Sudah lama kiranya saya tidak mengupdate laman ini..Cuma, ingin saya berkongsi perihal matlamat dan tujuan utama kita hidup di atas muka bumi Allah ini. Bila dihitung-hitung, umur ini hampir menjangkau usia 21 tahun pada hujung tahun 2014 ini.Inshaallah J Terasa baru sahaja dibelai manja oleh mak ayah sewaktu baby dulu. Subahanallah, Kuasa Allah yang masih sayang kepada hambaNya ini. Masih lagi bias bernafas, melihat keindahan alam , merasai nikmat Iman dan Islam, nikmat kasih sayang sesama insan, nikmat merasai kelazatan beribadah kepadaNya…Alhamdulillah. Sahabatku sekalian, lakarlah hidupmu dengan kebahagiaan disamping menyemai barakah. Perjuangan ini masih jauh, sentiasa kita mohon pada Allah agar terus Istiqamah dalam membela agama Islam ini disamping didik dirimu agar sabar dan ikhlas.

Istiqomah: Mestilah berterusan di atas prinsip perjuangan dan beramal dengan segala tuntutannya dengan tidak berpaling dan cenderung kea rah yang lain, hanyut bersama arus, jauh sekali daripada melompat dan menyeleweng daripada perjuangan. Allah berfirman kepada Musa dan Harun yang menghadapi Firaun dalam menegakkan Islam di zamannya: Maksudnya: “ Maka kamu mestilah istiqomah dan janganlah kamu mengikut orang-orang yang tidak tahu” (Yunus : 189)
Apabila Abu Suffian bin Abdullah berkata kepada Rasulullah saw: “katakanlah kepada saya  dengan kata-kata yang jelas sehingga saya tidak perlu lagi bertanya kepada orang lain darimu. Sabda Rasulullah saw:” katakanlah aku beriman kepada Allah dan kemudian beristiqomahlah”.
Dalam Hadis Nabi yang lain:
Maksudnya: “Tiga perkara yang tidak memberi manfaat olehnya bersama sebarang amalan, iaitu menyenkutukan Allah, menderhaka kepada kedua ibu bapa dan lari dari medan perjuangan”

Akhir kalam, Maha suci Allah yang telah mengaturkan kehidupan ini dengan kebaikan.Teguh adalah nafas Rijalul Haq (pejuang kebenaran). Ketahuilah proses pembinaan diri perlulah secara berterusan.Tetap Teguh!! Matlamat hidup perlulah jelas. Kita adalah hamba.


Gambar kenangan organisasi MPPJTK  UM Nilam Puri. Disinilah segalanya bermula,percaturan hebat dari Allah.

Thursday 1 May 2014

Dengan nama Allah yang maha Pengasih,

Salam kasih dan rindu buat para sahabat mujahidah di luar sana,

Agak lama juga saya tidak mengupdate penulisan blog ini,mencoret dan berkongsi cerita kepada teman diluar sana. Mungkin kerana agak sibuk dengan pelbagai perkara di kampus ini.Baru-baru ini diberi amanah untuk menguruskan sebuah program mega persatuan.Alhamdulillah, segalanya berjalan dengan lancar dan dipermudahkan.Pada awalnya, kurang yakin pada diri untuk mengatur gerak kerja tersebut oleh kerana tiada pengalaman dalam mengendalikan bahagian pementasan.Namun,niat dihati untuk membantu dan mempermudahkan urusan orang lain.Segala-galanya Allah bantu.Syukur.

Sempat juga bermesej dengan bonda tercinta,meluahkan rasa dan berkongsi pengalaman.Bonda teman setia mendengar apa jua permasalahan walaupun letih dalam bekerja.Hari ni mereka satu rumah berpuasa sunat..Allahu..sangatla cemburu.Rindu pada keluarga tidak dapat disangkal lagi,walaupun rumah tidak jauh dari kampus dan jarang pulang ke rumah.Memikirkan banyak sungguh amanah dan gerak kerja yang perlu dilaksanakan.Allahu robbi.Semoga mereka dalam jagaan dan peliharaan Allah.

Penulisan saya kali ini hanya mahu berkongsi rasa mengenai ‘cinta’. Apa itu cinta? Cinta kepada siapa agaknya? .Dialog antara saya dengan seorang ukhti yang sungguh baik hati saya kira,saya panggil Kak Ija.Perkenalan kami hanya beberapa jam sahaja.Riak wajahnya sungguh manis dan tenang.Kami mulakan perbualan..

Saya: Kak Ija tinggal mana ye?
Kak Ija: Saya tinggal area sini je.Kat cheras..(sambil senyum)
Saya: Ouh..tak jauhlah dari sini..
Kak Ija: *Angguk.Jauh juga kalau jalan jem .Aishah, rumah kat mana? Mana tau akak bleh datang beraya ke nanti..hee
Saya: Rumah kat Sg.Buloh kak..itupun susah nak balik..banyak sungguh kerja kat kampus ni.
Kak Ija: ouh..bagusla tu,masa terisi.Takdala boring asyik belajar je kan..At least dapat cari pengalaman luar dari bilik kuliah.Sepatutnya student universiti ni kena pandai gunakan peluang masa muda ni untuk explore dan cuba cabar diri dalam pengurusan program macam ni.
Saya: Allah..Kak Ija, inilah pengalaman pertama aishah mengurus program macam ni..Tawakkal je kak..Apa-apapun aishah cuba buat yang terbaik dan niat hanya nak bantu senior-senior.Bagi aishah pengalaman dapat mematangkan diri kita dan ilmu Allah bukan hanya dapat dalam bilik kuliah je..Betul kan kak? .Aishah suka belajar sesuatu dari kehidupan.
Kak Ija: Betul dik.Aishah tahun berapa?
Saya: Tahun 1 kak,second semester.Muda lagi..hee
Kak Ija: *Senyum. Aishah ni suka join usrah ye? Bila bercakap banyak input yang nak dishare..
Saya: Ada juga kak..biasa-biasa je.Cakap dari hati kak.*Senyum .Akak umur berapa?
Kak Ija: 28 dik..muda lagi akak ni..hee
Saya: Yeke? Tak sangka umur akak 28 dah.tak sesuai dengan perangai akak..macam kanak-kanak ribena lagi.Da ada calon ka?
Kak Ija: Ada-ada je aishah ni.Takda lagi calon la..Tolong carikan untuk akak satu.Belum sampai lagi jodoh.
Saya:Hee..Boleh je..Erm..akak, inshaAllah satu hari nanti sampailah jodoh akak tu..Jangan risau, didik diri supaya jadi muslimah yang baik dan solehah.Inshaallah, ketemu nanti dengan si dia yang baik juga.Biiznillah kak.
Kak Ija: Itulah dik.Akak belum sampai lagi masa yang sesuai.Rata-ratanya kawan akak semua dah berkahwin.Dan biasanya, orang yang tanya bila ni..dia akan ‘jalan’ dulu..hee
Saya: Eh.akak ni..jauh lagi saya ni.tak matang lagi dan tak sesuai lagi nak fikir buat masa sekarang.Fokus pada belajar dulu kak.Tanggungjawab ilmu, dakwah dan tarbiah kat kampus ni lagi.Banyak lagi kekurangan pada diri kak.
Kak Ija: Inshaallah aishah. Akak rasa aishah ni da ad ni..*sambil renung pada anak mata saya
Saya: Ishh..akak..mana ada..Tak ada lagi lah..
Kak Ija: *Ketawa sopan
Saya: Tapi kak,firstly kita kena ada target dan matlamat dalam hidup.Matlamat sebagai khalifah Allah, sebagai penuntut ilmu dan lain-lain.Bagi aishah jodoh dan pertemuan itu, Allah yang tentukan, semuanya atas ketentuan Allah.Cuma kita perlu berdoa dan berusaha kak.Apa-apapun perlu ada persediaan dari pelbagai sudut kak. Cinta Allah matlamat utama kita.
Kak Ija: That’s right aishah. Cinta Allah matlamat kita yang utama.Thanks aishah.Suka usrah santai macam ni.Ada hikmah pertemuan kita ni.Sambil menyelam minum air sat..Hee..
Saya: Alhamdulillah kak.sama-sama lah kita kejar cinta Allah kak. Kosong rasanya hidup ni tanpa kehadiran Allah dihati kan? La tahzan ..Robbuna ma’ana~~ *sambil menyanyi
Kak Ija: Amboii dia..potong line akak pula..Tak laku album akak nanti..hee
Saya: *ketawa kecil..

Alhamdulillah.perbualan kami berakhir disitu. Usrah yang santai.Suka saya ulangi, Cinta Allah adalah yang utama.Ya.Rasa suka adalah ketenangan yang hadir tanpa keraguan.Sebaliknya, cinta pula rasa pergantungan yang tinggi dari hati.Semestinya cinta itu pada Allah.Sekiranya Allah mahu mengikat hati kita, itu adalah takdir Allah.Allah ada caranya.Biarlah kita terus menunggu hikmah Allah.

Malam itu saya belajar tentang ‘cinta’.Semoga hati ini terus tetap dalam tarbiah Allah dan dipelihara dalam jagaan cinta serta kasih kepada Allah yang mendalam.Inshaallah.


Moga terus istiqamah dalam mencari hikmahNya.:)

“Ya Allah, sesungguhnya aku mohon kepadaMu untuk mencintaiMu dan mencintai orang yang cinta kepadaMu,. juga perbuatan yang dapat menyampaikan diriku ke arah cintaMu.. Ya Allah, jadikanlah kecintaan padaMu itu lebih aku cintai daripada diriku sendiri,. juga melebihi kecintaan pada keluargaku serta melebihi kecintaan pada air yang dingin..”


Sunday 26 January 2014

University Of Tarbiah

Bismillah. Sudah lama rasanya tidak mencoret kisah di laman sesawang tarbawi ini..Sejak kaki melangkah masuk ke salah sebuah ‘universiti kehidupan’ ini..iaitu University Malaya, belum sempat mahu mencoret rasa, kadangkala terfikir dan tergerak hati untuk melakarkan bicara. Tapi, belum ada lagi masa dan ruang waktu yang boleh menyelit. Ya, kewajipan dan tanggungjawab melebihi masa yang ada sebenarnya. Tapi bagi saya, melalui penulisan ini, saya mampu untuk berkongsi pengalaman bagi mereka yang dahaka pengisian jiwa dan menyampaikan dakwah kepada mereka yang setia membaca. Saya hanya hamba Allah yang kerdil yang hanya mampu berkongsi bagaimana saat diri menerima tarbiah dan mentarbiah Perjalanan kehidupan di sini sungguh mencabar, pelbagai mehnah dan tribulasi telah saya tempuhi sepanjang satu semester ini. Subahanallah, pejam-celik satu semester bakal melabuhkan tirainya. Fasa peperiksaan akhir bakal tamat. Masih teringat lagi saat hari pertama menjejakkan kaki ke universiti tertua ini, masih saya ingat senyuman dan raut wajah abang dan kedua orang tua ke pintu pagar Kolej kediaman Tuanku Kurshiah. Waktu itu abang cuti dan bakal meneruskan pengajiannya semula di Ardhul Kinanah.Inshaallah ada rezeki kami akan grad pada tahun yang sama. Berbalik semula ketika hari pertama di universiti ini, sungguh berbeza dengan bi’ah yang pernah saya rasai semasa di Nilam Puri dahulu. Namun saya harus terima dan menghadapinya dengan hati terbuka dan positif.Saya melihat pelbagai gelagat dan ragam orang di sekeliling yang masih memerlukan tarbiah atau didikan agama sebagai seorang muslim. Pandangan kasih sayang perlu dihulurkan kepada mereka. Seketika bermuhasabah sementara menunggu giliran untuk mendaftarkan diri, abang menemani disisi. Ya, ini tanggungjawab saya dan sahabat-sahabat yang telahpun menerima Tarbiah sewaktu ketika dahulu. Pengajian saya selama 3 tahun setengah ini harus diisi dengan sebaiknya, saya harus menyumbangkan sesuatu untuk masyarakat di sekitar kampus samada di kolej, fakulti dan sebagainya. Sebagai seorang pelajar fakulti Akademi Pengajian Islam yang berjurusan Dakwah & Pembangunan Insan, adalah satu kewajipan untuk saya melaksanakan satu visi serta misi dakwah dan tarbiah disini.Alhamdulillah, perjalanan kehidupan di varsiti tercinta ini banyak mengajar saya erti perjuangan yang sebenar. Shabat-sahabat yang turut berjuang disini turut sama merasai dan berkongsi rasa. Disinilah kami belajar sejauh mana tahap ukhuwah dan pengorbanan dapat dibuktikan, sungguh bila bersama ‘mereka’ saya merasakan satu kenikmatan yang indah. Hati ini hidup dengan ruh keimanan dan perjuangan . Saya berdoa dan mohon pada Allah agar sentiasa ditetapkan iman dan dipermudahkan apa jua urusan dalam menuntut ilmu dan berbakti  untuk Islam disini. Disinilah jua tempat saya mengenali apa itu kehidupan. Alhamdulillah, syukur.Terima kasih mak ayah,abang, adik dan semua teman yang mendoakan.Semoga Allah merahmati kalian.AMEEN

Bersambung...

Saya akhiri entri ini dengan terjemahan sepotong ayat Al-Quran (Surah Ad-Dzariyat: 56) :


"Tidak Aku ciptakan jin dan manusia melainkan untuk mengabdikan diri(kepada Aku)"


Gambar pemandangan di Kundasang, Sabah.Maha Suci Allah.

      27 Januari 2013

(24 Rabiulawal 1453H)
      4.04 pm

Thursday 1 November 2012

Harganya Adalah Syurga


Bismillah..
Alhamdulillah, kini hati ini makin menyakini-Nya detik demi detik. Makin banyak bermuhasabah diri. Makin sedar bahawa hidup ini hanyalah suatu perjalanan yang singkat. Makin mengerti ujian itu tanda Dia menyayangi kita. Makin ikhlas dalam menerima takdir-Nya. Makin meghargai segala nikmat yang Engkau kurniakan. Makin melepaskan cinta pada manusia demi mencari redha-Nya. Makin yakin Allah lah Perancang yang terbaik buat diri ini. Makin berpegang teguh pada tali ALLAH. Dengan satu kepercayaan yang pasti, bermujahadah itu pahit, namun penghujungnya terdapat kemanisan yang tak tercapai oleh akal. Hanya akan dapat merasainya dengan hati yang disulami iman yang tulus kepadaMu ya Rabbi. InsyaAllah
*salamrindu


Saturday 29 September 2012

"Dialah Uwais al-Qarni, tidak terkenal di bumi tapi sangat terkenal di langit."


Bismillah..
Alhamdulillah,syukur krn  dpertemukan kisah seorg pemuda yg mulia disisi Allah
 "Dialah Uwais al-Qarni, tidak terkenal di bumi tapi sangat terkenal di langit."
Perjalanan hidupnya tersusun indah oleh Allah SWT..
Walau hina di mata dunia,namun mulia di mata Allah..
SubhanaAllah,ku titipkan kisah ini buat sahabat pembaca blog ini,
mudah-mudahan dpt memberi kita penghayatan dan menambahkan ilmu,
menjadikan hamba yg sntsa Kasih pd Sang Khaliq dan sentiasa dekat serta rindukan junjungan bsr Nabi Muhammad SAW.
InsyaAllah.

Pada zaman Nabi Muhammad S.A.W, ada seorang pemuda bermata biru, rambutnya merah, pundaknya lapang panjang, berpenampilan cukup tampan.
Kulitnya kemerah-merahan. Dagunya menempel di dada kerana selalu melihat pada tempat sujudnya. Tangan kanannya menumpang pada tangan kirinya.
Ahli membaca al-Quran dan selalu menangis, pakaiannya hanya dua helai dan sudah kusut yang satu untuk penutup badan dan yang satunya digunakannya sebagai selendang. Tiada orang yang menghiraukan, tidak terkenal dalam kalangan manusia,namun sangat terkenal di antara penduduk langit.
Tatkala datangnya hari Kiamat, dan tatkala semua ahli ibadah diseru untuk memasuki Syurga, dia justeru dipanggil agar berhenti dahulu seketika dan disuruh memberi syafa'atnya.
Ternyata Allah memberi izin padanya untuk memberi syafa'at bagi sejumlah bilangan qabilah Robi'ah dan qabilah Mudhor, semua dimasukkan ke Syurga dan tiada seorang pun ketinggalan dengan izin-Nya.
Dia adalah 'Uwais al-Qarni' siapalah dia pada mata manusia...
Tidak banyak yang mengenalnya, apatah lagi mengambil tahu akan hidupnya. Banyak suara-suara yang mentertawakan dirinya, mengolok-olok dan mempermainkan hatinya.
Tidak kurang juga yang menuduhnya sebagai seorang yang membujuk, seorang pencuri serta berbagai macam umpatan demi umpatan, celaan demi celaan daripada manusia.
Suatu ketika, seorang fuqoha' negeri Kuffah, datang dan ingin duduk bersamanya. Orang itu memberinya dua helai pakaian sebagai hadiah. Namun, hadiah pakaian tadi tidak diterima lalu dikembalikan semula kepadanya. Uwais berkata:
"Aku khuatir, nanti orang akan menuduh aku, dari mana aku mendapatkan pakaian itu? Kalau tidak daripada membujuk pasti daripada mencuri."
Uwais telah lama menjadi yatim. Beliau tidak mempunyai sanak saudara, kecuali hanya ibunya yang telah tua renta dan lumpuh tubuh badannya. Hanya penglihatan kabur yang masih tersisa.
Bagi menampung kehidupannya sehari-hari, Uwais bekerja sebagai pengembala kambing. Upah yang diterimanya hanya cukup-cukup untuk menampung keperluan hariannya bersama ibunya. Apabila ada wang berlebihan, Uwais menggunakannya bagi membantu tetangganya yang hidup miskin dan serba kekurangan.
Kesibukannya sebagai pengembala dan merawat ibunya yang lumpuh dan buta, tidak mempengaruhi kegigihan ibadahnya. Dia tetap melakukan puasa di siang hari dan bermunajat di malam harinya.
Uwais al-Qarni telah memeluk Islam ketika seruan Nabi Muhammad S.A.W tiba ke negeri Yaman. Seruan Rasulullah telah mengetuk pintu hati mereka untuk menyembah Allah, Tuhan Yang Maha Esa, yang tidak ada sekutu bagi-Nya.
Islam mendidik setiap pemeluknya agar berakhlak luhur. Peraturan-peraturan yang terdapat di dalamnya menarik hati Uwais. Apabila seruan Islam datang di negeri Yaman, ia segera memeluknya, kerana selama ini hati Uwais selalu merindukan datangnya kebenaran.
Banyak tetangganya yang telah memeluk Islam, pergi ke Madinah untuk mendengarkan ajaran Nabi Muhammad S.A.W secara langsung. Sekembalinya di Yaman, mereka memperbaharui rumah tangga mereka dengan cara kehidupan Islam.
Alangkah sedihnya hati Uwais apabila melihat setiap tetangganya yang baru datang dari Madinah. Mereka itu telah bertamu dan bertemu dengan kekasih Allah penghulu para Nabi, sedang dia sendiri belum berkesempatan.
Kecintaannya kepada Rasulullah menumbuhkan kerinduan yang kuat untuk bertemu dengan sang kekasih. Namun apakan daya, dia tidak punya bekal yang cukup untuk ke Madinah. Lebih dia beratkan adalah ibunya yang sedang sakit dan perlu dirawat. Siapa yang akan merawat ibunya sepanjang ketiadaannya nanti?
Diceritakan ketika terjadi perang Uhud Rasulullah S.A.W mendapat cedera dan giginya patah kerana dilempari batu oleh musuh-musuhnya. Khabar ini sampai ke pengetahuan Uwais.
Dia segera memukul giginya dengan batu hingga patah. Hal tersebut dilakukan sebagai bukti kecintaannya kepada Rasulullah, sekalipun ia belum pernah melihatnya.
Hari berganti dan musim berlalu, dan kerinduan yang tidak terbendung dan hasrat untuk bertemu tidak dapat dipendam lagi. Uwais merenungkan diri dan bertanya dalam hati, "Bilakah ia dapat menziarahi Nabinya dan memandang wajah beliau dengan dekat?"
Bukankah dia mempunyai ibu yang sangat memerlukan perhatian daripadanya dan tidak sanggup meninggalkan ibunya sendiri. Hatinya selalu gelisah siang dan malam menahan kerinduan untuk berjumpa Rasulullah.
Akhirnya, pada suatu hari Uwais mendekati ibunya. Dia meluahkan isi hatinya dan memohon izin kepada ibunya agar diperkenankan untuk pergi menziarahi Nabi S.A.W di Madinah.
Sang ibu, walaupun telah uzur, merasa terharu ketika mendengar permohonan anaknya. Beliau amat faham hati nurani anaknya, Uwais dan berkata,
"Pergilah wahai anakku! Temuilah Nabi di rumahnya. Apabila telah berjumpa, segeralah engkau kembali pulang."
Dengan rasa gembira dia berkemas untuk berangkat. Dia tidak lupa untuk menyiapkan keperluan ibunya yang akan ditinggalkan serta berpesan kepada tetangganya agar dapat menemani ibunya selama mana dia pergi.
Sesudah siap segala persediaan, Uwais mencium sang ibu. Maka berangkatlah Uwais menuju Madinah yang berjarak lebih kurang empat ratus kilometer dari Yaman.
Medan yang begitu panas dilaluinya. Dia tidak peduli penyamun gurun pasir, bukit yang curam, gurun pasir yang luas yang dapat menyesatkan dan begitu panas di siang hari, serta begitu dingin di malam hari. Semuanya dilalui demi bertemu dan dapat memandang sepuas-puasnya paras baginda Nabi S.A.W yang selama ini dirinduinya.
Tibalah Uwais al-Qarni di kota Madinah. Segera ia menuju ke rumah Nabi S.A.W, diketuknya pintu rumah itu sambil mengucapkan salam. Keluarlah sayyidatina 'Aisyah R.A sambil menjawab salam Uwais.
Segera sahaja Uwais menanyakan Nabi yang ingin dijumpainya. Namun ternyata baginda tidak berada di rumah melainkan berada di medan perang. Betapa kecewa hati sang perindu, dari jauh ingin berjumpa tetapi yang dirindukannya tidak berada di rumah. Dalam hatinya bergolak perasaan ingin menunggu kedatangan Nabi S.A.W dari medan perang.
Bilakah beliau pulang? Sedangkan masih terngiang di telinga pesan ibunya yang sudah tua dan sakit-sakitan itu, agar ia cepat pulang ke Yaman.
"Engkau harus lekas pulang."
Atas ketaatan kepada ibunya, pesan ibunya tersebut telah mengalahkan suara hati dan kemahuannya untuk menunggu dan berjumpa dengan Nabi S.A.W.
Dia akhirnya dengan terpaksa memohon untuk pulang semula kepada sayyidatina 'Aisyah R.A ke negerinya. Dia hanya menitipkan salamnya untuk Nabi S.A.W dan melangkah pulang dengan hati yang pilu.
Sepulangnya dari medan perang, Nabi S.A.W langsung menanyakan tentang kedatangan orang yang mencarinya. Nabi Muhammad S.A.W menjelaskan bahawa Uwais al-Qarni adalah anak yang taat kepada ibunya. Ia adalah penghuni langit dan sangat terkenal di langit.
Mendengar perkataan baginda Rasulullah S.A.W, sayyidatina 'Aisyah R.A dan para sahabatnya terpegun.
Menurut sayyidatina 'Aisyah R.A memang benar ada yang mencari Nabi S.A.W dan segera pulang kembali ke Yaman, kerana ibunya sudah tua dan sakit-sakitan sehingga ia tidak dapat meninggalkan ibunya terlalu lama.
Rasulullah S.A.W bersabda: "Kalau kalian ingin berjumpa dengan dia (Uwais al-Qarni), perhatikanlah, ia mempunyai tanda putih di tengah-tengah telapak tangannya."
Sesudah itu Rasulullah S.A.W, memandang kepada sayyidina Ali K.W dan sayyidina Umar R.A dan bersabda:
"Suatu ketika, apabila kalian bertemu dengan dia, mintalah doa dan istighfarnya, dia adalah penghuni langit dan bukan penghuni bumi."
Tahun terus berjalan, dan tidak lama kemudian Nabi S.A.W wafat, hinggalah sampai waktu khalifah Sayyidina Abu Bakar as-Shiddiq R.A telah digantikan dengan Khalifah Umar R.A.
Suatu ketika, khalifah Umar teringat akan sabda Nabi S.A.W tentang Uwais al-Qarni, sang penghuni langit. Beliau segera mengingatkan kepada sayyidina Ali K.W untuk mencarinya bersama.
Sejak itu, setiap ada kafilah yang datang dari Yaman, mereka berdua selalu bertanya tentang Uwais al-Qarni, apakah ia turut bersama mereka. Di antara kafilah-kafilah itu ada yang merasa hairan, apakah sebenarnya yang terjadi sampai ia dicari oleh beliau berdua.
Rombongan kafilah dari Yaman menuju Syam silih berganti, membawa barang dagangan mereka. Suatu ketika, Uwais al-Qarni turut bersama rombongan kafilah menuju kota Madinah.
Melihat ada rombongan kafilah yang datang dari Yaman, segera khalifah Umar R.A dan sayyidina Ali K.W mendatangi mereka dan menanyakan apakah Uwais turut bersama mereka.
Rombongan itu mengatakan bahawa ia ada bersama mereka dan sedang menjaga unta-unta mereka di perbatasan kota. Mendengar jawapan itu, beliau berdua bergegas pergi menemui Uwais al-Qarni.
Sesampainya di khemah tempat Uwais berada, Khalifah Umar R.A dan sayyidina Ali K.W memberi salam. Namun rupanya Uwais sedang melaksanakan solat. Setelah mengakhiri solatnya, Uwais menjawab salam kedua tamu agung tersebut sambil bersalaman.
Sewaktu berjabat tangan, Khalifah Umar segera membalikkan tangan Uwais, untuk
membuktikan kebenaran tanda putih yang berada di telapak tangan Uwais,
sebagaimana pernah disabdakan oleh baginda Nabi S.A.W.
Memang benar! Dia penghuni langit. Dan ditanya Uwais oleh kedua tamu tersebut,
"Siapakah nama saudara?"
"Abdullah." Jawab Uwais.
Mendengar jawapan itu, kedua sahabat pun tertawa dan mengatakan,
"Kami juga Abdullah, yakni hamba Allah. Tapi siapakah namamu yang sebenarnya?"
Uwais kemudian berkata "Nama saya Uwais al-Qarni."
Dalam pembicaraan mereka, diketahuilah bahwa ibu Uwais telah meninggal dunia.
Itulah sebabnya, dia baru dapat turut bersama rombongan kafilah dagang saat itu. Akhirnya, Khalifah Umar dan sayyidina Ali K.W. memohon agar Uwais berkenan mendoakan untuk mereka.
Uwais enggan dan dia berkata kepada khalifah,
"Sayalah yang harus meminta doa daripada kalian."
Mendengar perkataan Uwais, Khalifah berkata,
"Kami datang ke sini untuk mohon doa dan istighfar daripada anda."
Karena desakan kedua sahabat ini, Uwais al-Qarni akhirnya mengangkat kedua tangannya, berdoa dan membacakan istighfar.
Setelah itu Khalifah Umar R.A berjanji untuk menyumbangkan wang negara daripada Baitulmal kepada Uwais, untuk jaminan hidupnya. Segera sahaja Uwais menolak dengan halus dengan berkata,
"Hamba mohon supaya hari ini saja hamba diketahui orang. Untuk hari-hari selanjutnya, biarlah hamba yang fakir ini tidak diketahui orang lagi."
Setelah kejadian itu, nama Uwais kembali tenggelam dan tidak terdengar beritanya.
Namun, ada seorang lelaki pernah bertemu dan dibantu oleh Uwais. Ketika itu kami berada di atas kapal menuju ke tanah Arab bersama para pedagang. Tanpa disangka-sangka angin taufan berhembus dengan kencang.
Akibatnya, hempasan ombak menghentam kapal kami sehingga air laut masuk ke dalam kapal dan menyebabkan kapal semakin berat. Pada saat itu, kami melihat seorang laki-laki yang mengenakan selimut berbulu di pojok kapal yang kami tumpangi, lalu kami memanggilnya.
Lelaki itu keluar daripada kapal dan melakukan solat di atas air. Betapa terkejutnya kami melihat kejadian itu.
"Wahai waliyullah, tolonglah kami!" Namun, lelaki itu tidak menoleh. Lalu kami berseru lagi,
"Demi Zat yang telah memberimu kekuatan beribadah, tolonglah kami!"
Lelaki itu menoleh kepada kami dan berkata,
"Apa yang terjadi?"
"Tidakkah engkau melihat bahawa kapal dihembus angin dan dihentam ombak?" Tanya kami.
"Dekatkanlah diri kalian pada Allah!" Katanya.
"Kami telah melakukannya."
"Keluarlah kalian daripada kapal dengan membaca Bismillahirrahmaanirrahiim!"
Kami pun keluar daripada kapal satu persatu dan berkumpul. Pada saat itu jumlah kami lima ratus lebih. Sungguh ajaib, kami semua tidak tenggelam, sedangkan perahu kami serta isinya tenggelam ke dasar laut.
Lalu orang itu berkata pada kami,
"Tidak apalah harta kalian menjadi korban, asalkan kalian semua selamat."
"Demi Allah, kami ingin tahu, siapakah nama Tuan?" Tanya kami.
"Uwais al-Qorni." Jawabnya dengan singkat.
Kemudian kami berkata lagi kepadanya,
"Sesungguhnya harta yang ada di kapal tersebut adalah milik orang-orang fakir di Madinah yang dikirim oleh orang Mesir."
"Jika Allah mengembalikan harta kalian. Apakah kalian akan membahagi-bahagikannya kepada orang-orang fakir di Madinah?" Tanyanya.
"Ya!" Jawab kami.
Orang itu pun melaksanakan solat dua rakaat di atas air, lalu berdoa. Setelah Uwais al-Qarni mengucap salam, tiba-tiba kapal itu muncul ke permukaan air, lalu kami menumpanginya dan meneruskan perjalanan. Setibanya di Madinah, kami membahagi-bahagikan seluruh harta kepada orang-orang fakir di Madinah, tiada satu pun yang tertinggal.
Beberapa waktu kemudian, tersiar khabar Uwais al-Qarni telah pulang ke rahmatullah. Anehnya, pada saat dia akan dimandikan tiba-tiba sudah banyak orang yang berebut untuk memandikannya. Dan ketika dibawa ke tempat pembaringan untuk dikafan, di sana sudah ada orang-orang yang menunggu untuk mengkafankannya.
Demikian juga ketika orang pergi hendak menggali kuburnya. Di sana ternyata sudah ada orang-orang yang menggali kuburnya hingga selesai. Ketika usungan dibawa menuju ke perkuburan, luar biasa banyaknya orang yang berebutan untuk mengusungnya.
Syeikh Abdullah bin Salamah menjelaskan,
"Ketika aku ikut menguruskan jenazahnya hingga aku pulang daripada menghantarkan jenazahnya, lalu aku ingin untuk kembali ke kubur tersebut untuk memberi tanda pada kuburnya, akan tetapi sudah tak terlihat ada bekas di kuburnya."
(Syeikh Abdullah bin Salamah adalah orang yang pernah ikut berperang bersama Uwais al-Qarni pada masa pemerintahan sayyidina Umar R.A.)
Pemergian Uwais al-Qarni telah menggemparkan masyarakat kota Yaman. Banyak terjadi hal-hal yang amat menghairankan. Sedemikian banyaknya orang yang tidak kenal datang untuk mengurus jenazah dan pengebumiannya, padahal Uwais adalah seorang fakir yang tidak dihiraukan orang.
Sejak dia dimandikan hingga jenazahnya hendak diturunkan ke dalam kubur, di situ selalu ada orang-orang yang telah siap melaksanakannya terlebih dahulu. Penduduk kota Yaman tercengang.
Mereka saling bertanya-tanya "Siapakah sebenarnya engkau wahai Uwais al-Qarni? Bukankah Uwais yang kita kenal, hanyalah seorang fakir yang tidak memiliki apa-apa? Kerjanya hanyalah sebagai penggembala?"
"Namun, ketika hari wafatmu, engkau telah menggemparkan penduduk Yaman dengan hadirnya manusia-manusia asing yang tidak pernah kami kenali. Mereka datang dalam jumlah sedemikian banyaknya."
Agaknya mereka adalah para malaikat yang diturunkan ke bumi, hanya untuk mengurus jenazah dan pemakamannya. Baru saat itulah penduduk Yaman mengetahuinya siapa Uwais al-Qarni.
"Dialah Uwais al-Qarni, tidak terkenal di bumi tapi sangat terkenal di langit."

Wednesday 26 September 2012

*Peranan Usrah




Assalamualaikum,

Permulaan dalam mengatur bait-bait kata,
yang akan dilakar bila hati mula menyusun bicara,
moga setiap yang ada di langit dan di bumi mendapat redhaNya,

Sambungan entri yg lepas 6^^

SIRI II

Pertama: Meningkatkan kefahaman anggota

-Mcmna tu?.Byk persoalan yg bermaian di fikiran.Shbt2,nak memahami sesuatu mslh (Al-Fahm dan Al-Fiqh) adlh prkara yg utama dan pertama dituntut dlm Agama.Yup,tnp kefahaman yg jelas dan pengertian yg terang di dlm mana2 mslh,ssorg tu takkn mampu menentukn pendiriannya apbla diminta,tnp gambrn yg jelas amatlah diperlukn dr segi teori (Nazhari) di peringkat pertama.Oleh itu peningkatan kpd kefahaman mestilahdipupuk pd stp masa khasnya dalam USRAH. =)

Kedua: Menambah penghayatan

-Ok,ayuh kte renung sejenak...Seseorg yg tahu hukum sstu perkara belum tentu dia patuh atau tak,yg diketahuinya lain,yg dibuatnya lain,..Nah!,utk hapuskn jurang antr pengetahuan yg tdk membuahkan perbuatan dan amalan,Sistem Muhasabah perlu dilaksanakan,Naqib bertanggungjwb tntg penghayatan anak buahnya kpd sgala ilmu yg telah disampaikan baik yg beupa Ibadat,Muamalat atau Akhlak.Muhasabah tu laksanakan scra peribadi @ Jamaie.Dari segi ibadahnya, usrah hendaklah menganjurkan ibadah Nawafil Jamaie spt puasa hari Isnin dan khamis, Qiamullail Jamaie dll.Usrah juga mestilah berusaha supaya smngt uzlah dihapuskan sama sekali,sebaliknya digantikan dgn smngt mengambil tahu semua urusan Muslimin ddlm@dluar negara,sesuai dgn tuntutan Sabda Rasulullah SAW:

من لم يهتم بأمر المسلمين فليس منهم

Maksudnya: "Sesiapa yg tidak mengambil berat tentang urusan orang-orang Islam,Maka dia bukan drpd mereka"                                                                                                             (Riwayat at-Tabarani)

Ketiga: Memperkukuhkan perasaan bersaudara dan memupuk perasaan bertindak scr Jamaah

 عليكم بالجماعة فإن يد اللّه مع الجماعة ,ومن شذ شذ في النار

Sabda Rasulullah SAW: "Hendaklah kamu sentiasa dgn Jamaah krn tgn Allah brsama dgn Jamaah,dan ssiapa yg menyimpang dia akn menyimpang ke dlm api neraka"                                     (Riwayat at-Tirmizi)

-Tidak syak lg bhw mempereratkan perasaan bersaudara dlm satu jamaah,menjd tuntutan utama,perasaan kasih syg,Ukhuwwah Islamiah mestilah dilihat dan dirasai oleh semuanya.Betapa pentingnya Usrah dlm membina anggota yg benar0benar memahami Islam mengerti masalah semasa,menghayati ajaran2 Allah SWT.Bekerja mengukuhkan tali persaudaraan Islam merupakan pembinaan dan proses pembentukan anggota masyarakat dlm satu negara Islam.Perlu diterapkan melalui asas (foundation) iaitu manusia Muslim dan mengikut acuan Islam,Manhaj Islam dan menurut kaedah Islamiah yg berpandukan Al-Quran dan Sunnah.

 عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ تَرَكْتُ فِيكُمْ أَمْرَيْنِ لَنْ تَضِلُّوا مَا تَمَسَّكْتُمْ بِهِمَا كِتَابَ اللَّهِ وَسُنَّةَ نَبِيِّهِ. (الإمام مالك)
 Dari Abu Hurairah, r.a., dari Nabi s.a.w., bahawa Baginda bersabda: "Aku tinggalkan dalam kalangan kamu dua perkara yang kamu tidak sekali-kali akansesat selagi kamu berpegang teguh kepada keduanya, iaitu kitab Allah dansunnah Rasulullah," (s.a.w.).
(Imam Malik)

AllahuA'lam..Alhamdulillah...
#LinkIstighfar-AlhamdulillahmasihdlmTarbiahAllah#
7.02 PM: AMK,bumiBarakah,gapaiCintaIlahi,Islahdiri,MogaAllahRedha#
*Menanti foto Mujahidah Annur Iman & ust AliHanafiah,mesti cantik mcn abi&ummi dia.Alhamdulillah.=)



Tuesday 11 September 2012

Tarbiah di Jalan ini

بسم الله الرحمن الرحيم

Moga Allah Redha
Sudah lama rapi tersusun di ats katil,diri inginkan sedikit pengisian dan ilmu.
Alhamdulillah sempat dikongsikan bersama 'mereka' jua,moga ianya bermanfaat buat semua teman di sana.

SIRI I 

#Tarbiah : Tarbiah dlm pengertian kita adlh suatu usaha yg dijalankan utk melakukan perubahan sikap melalui proses-proses tertentu ('Amaliah Taghyir) utk mghasilkn tujuan2 yg tertentu menurut manhaj yg tersusun dan berazam menegakkan Syariat Allah SWT di dlm sebuah Daulah Islamiah dengan mempunyai Syakhsiah Islamiah.Kualiti org Tarbiah tidaklah sama dgn org2 awam,mereka mestilah seorg Mukmin Mujahid dan Multazim,seorg (Jundi) bg (Hizbullah) dan sntsa mengabdikan dirinya kpd Allah SWT,cari keredhaan Allah,yg menjelmakan laungan hati Muslim dgn meletakkan (Allahu Ghayatuna) dlm khdupan hariannya.


#Matlamat Tarbiah: 
-Melahirkan manusia yg bertakwa kpd Allah SWT
-Membentuk anggota yg beriltizam kpd Jamaah
-Menghasilkan Muslim yg berkemampuan memikul tanggungjwb dan boleh memimpin

~Usrah Tunjang Tarbiah~

  Peranan Usrah 

= meningkatkn kefahaman anggota2 dan menentukan sikap Islam trhdp satu2 masalah
=menambahkn penghayatan dan menimbulkan perasaan tanggungjwb trhdp ajaran Islam scra peribadi dan jamaie
=memperkukuhkan perasaan bersaudara dan memupuk smngt bertindak scr jamaah