Sunday 26 January 2014

University Of Tarbiah

Bismillah. Sudah lama rasanya tidak mencoret kisah di laman sesawang tarbawi ini..Sejak kaki melangkah masuk ke salah sebuah ‘universiti kehidupan’ ini..iaitu University Malaya, belum sempat mahu mencoret rasa, kadangkala terfikir dan tergerak hati untuk melakarkan bicara. Tapi, belum ada lagi masa dan ruang waktu yang boleh menyelit. Ya, kewajipan dan tanggungjawab melebihi masa yang ada sebenarnya. Tapi bagi saya, melalui penulisan ini, saya mampu untuk berkongsi pengalaman bagi mereka yang dahaka pengisian jiwa dan menyampaikan dakwah kepada mereka yang setia membaca. Saya hanya hamba Allah yang kerdil yang hanya mampu berkongsi bagaimana saat diri menerima tarbiah dan mentarbiah Perjalanan kehidupan di sini sungguh mencabar, pelbagai mehnah dan tribulasi telah saya tempuhi sepanjang satu semester ini. Subahanallah, pejam-celik satu semester bakal melabuhkan tirainya. Fasa peperiksaan akhir bakal tamat. Masih teringat lagi saat hari pertama menjejakkan kaki ke universiti tertua ini, masih saya ingat senyuman dan raut wajah abang dan kedua orang tua ke pintu pagar Kolej kediaman Tuanku Kurshiah. Waktu itu abang cuti dan bakal meneruskan pengajiannya semula di Ardhul Kinanah.Inshaallah ada rezeki kami akan grad pada tahun yang sama. Berbalik semula ketika hari pertama di universiti ini, sungguh berbeza dengan bi’ah yang pernah saya rasai semasa di Nilam Puri dahulu. Namun saya harus terima dan menghadapinya dengan hati terbuka dan positif.Saya melihat pelbagai gelagat dan ragam orang di sekeliling yang masih memerlukan tarbiah atau didikan agama sebagai seorang muslim. Pandangan kasih sayang perlu dihulurkan kepada mereka. Seketika bermuhasabah sementara menunggu giliran untuk mendaftarkan diri, abang menemani disisi. Ya, ini tanggungjawab saya dan sahabat-sahabat yang telahpun menerima Tarbiah sewaktu ketika dahulu. Pengajian saya selama 3 tahun setengah ini harus diisi dengan sebaiknya, saya harus menyumbangkan sesuatu untuk masyarakat di sekitar kampus samada di kolej, fakulti dan sebagainya. Sebagai seorang pelajar fakulti Akademi Pengajian Islam yang berjurusan Dakwah & Pembangunan Insan, adalah satu kewajipan untuk saya melaksanakan satu visi serta misi dakwah dan tarbiah disini.Alhamdulillah, perjalanan kehidupan di varsiti tercinta ini banyak mengajar saya erti perjuangan yang sebenar. Shabat-sahabat yang turut berjuang disini turut sama merasai dan berkongsi rasa. Disinilah kami belajar sejauh mana tahap ukhuwah dan pengorbanan dapat dibuktikan, sungguh bila bersama ‘mereka’ saya merasakan satu kenikmatan yang indah. Hati ini hidup dengan ruh keimanan dan perjuangan . Saya berdoa dan mohon pada Allah agar sentiasa ditetapkan iman dan dipermudahkan apa jua urusan dalam menuntut ilmu dan berbakti  untuk Islam disini. Disinilah jua tempat saya mengenali apa itu kehidupan. Alhamdulillah, syukur.Terima kasih mak ayah,abang, adik dan semua teman yang mendoakan.Semoga Allah merahmati kalian.AMEEN

Bersambung...

Saya akhiri entri ini dengan terjemahan sepotong ayat Al-Quran (Surah Ad-Dzariyat: 56) :


"Tidak Aku ciptakan jin dan manusia melainkan untuk mengabdikan diri(kepada Aku)"


Gambar pemandangan di Kundasang, Sabah.Maha Suci Allah.

      27 Januari 2013

(24 Rabiulawal 1453H)
      4.04 pm