Tuesday 11 September 2012

Allah bersamaku dan 'mereka' jua

Bismillah..

Permulaan dalam mengatur bait-bait kata,
yang akan dilakar bila hati mula menyusun bicara,
moga setiap yang ada di langit dan di bumi mendapat redhaNya,

Tak semua perkara perlu dilafazkan,
tapi hati itu adakalanya mahu berkata tanpa suara,
moga suara-suara hati itu mampu didengari,

tak mengharapkan semua,
cukup andai mampu menjadi refleksi diri..
Kala senja menghampiri,anak mata itu menjangkau nun jauh pohon rendang di sana..
Menginsafi diri..
Brmonolog bersama Ilahi bertemankan tahmid yg fasih..
Ketenangan itu dilirih..

Hari ini adalah hidupku. Aku tidak akan hidup melainkan pada hari ini saja..(kata-kata Imam Al-Ghazali dalam kitab al-Insanun ‘Arifun ‘Indahu Ruhul ‘Adhim.)

Allah di 'sini'..di hatiku..Alhamdulillah.saat diri leka dan alpa,asyik dgn kesenangan dunia,sunyi dari Ujian Nya,diri ini lupa dan selesa..Alhamdulillah,saat hati dan diri ini diuji,baru sedar,nikmat itu sgt ku hargai.

Hidupku adlh utk hari ini ,bkn semalam,bkn juga esok.
Masih jauh..
Kerana esok belum tentu aku menjumpainya dan semalam telah pergi meninggalkan kenangan untukku.
Janganlah aku menyesali hari semalam,kerana ia telah berlalu pergi dan tidak akan kembali.
Jangan pula aku menunggu hari esok dengan harapan-harapan tinggi menggunung yang belum tentu milikku.

Manfaatkanlah ruang hari ini kerana ia milikku,
Namun sungguh..kadangkala jauh di relung hati,sukar utk mghadapi..
Allah,diri ini masih tidak kuat.padaMu ku bermunajat,Kaulah pemilik bg segala kekuatan.
Saat memikirkan diri ini,jauh disudut hati membiarkan 'mereka'.
saat fizikal tidak kuat,Kaulah penguatnya.
Saat hati di sakiti,Kaulah pengubatnya..

Anggaplah usiaku hanya satu hari,hari ini aku dilahirkan dan hari ini aku dimatikan..
Apakah kebaikan yang aku lakukan pada hari ini?
Manfaatkanlah hari ini kerna ia milikku.
Jadikanlah setiap minitku itu berharga kerna aku cuma hidup pada hari ini saja.
Jadikan setiap langkahku,tutur bicaraku tidak lari dari redha Allah.
Perbanyakkanlah mengingati Allah pada hari ini.. baca dan fahamilah Al-Quran kerana itulah hak Al-Quran kepadaku..
Persiapkanlah diriku untuk bangun tahajjud,hanya itulah malam berbaki untuk hari ini..
Kerana aku hanya hidup pada hari ini,esok belum tentu milikku..
Syukurilah nikmat Allah padaku,sebelum Allah mengambilnya.

Allah,terangilah jalanku..
di'sini'lah diri ini perlu berbakti.. 
berbaki seketika..
Apakah sumbanganku pd 'mereka'..
Saat hati disentuh dgn Tarbiah Mu..
Kuatkah kaki ini melangkah dan menghadapinya?
Ku yakin,Kau sntiasa bersamaku!
Kuatkanlah kaki dan jasad ini di sabil Mu..
Diri ini tidak bersendirian,
Kau bersamaku..'mereka' jua.
Alhamdulillah..

AMK,bumiBarakah
9:42 PM
#Alhamdulillah,masih dlm Tarbiah Allah#



 

No comments:

Post a Comment