Thursday 1 November 2012

Harganya Adalah Syurga


Bismillah..
Alhamdulillah, kini hati ini makin menyakini-Nya detik demi detik. Makin banyak bermuhasabah diri. Makin sedar bahawa hidup ini hanyalah suatu perjalanan yang singkat. Makin mengerti ujian itu tanda Dia menyayangi kita. Makin ikhlas dalam menerima takdir-Nya. Makin meghargai segala nikmat yang Engkau kurniakan. Makin melepaskan cinta pada manusia demi mencari redha-Nya. Makin yakin Allah lah Perancang yang terbaik buat diri ini. Makin berpegang teguh pada tali ALLAH. Dengan satu kepercayaan yang pasti, bermujahadah itu pahit, namun penghujungnya terdapat kemanisan yang tak tercapai oleh akal. Hanya akan dapat merasainya dengan hati yang disulami iman yang tulus kepadaMu ya Rabbi. InsyaAllah
*salamrindu