Sunday 7 December 2014

Lakarlah hidupmu ~~

Assalamualaikum wbt,

Salam ceria buat sahabat setia yang sudi singgah ke laman tarbiyah dan dakwah saya ini. Sudah lama kiranya saya tidak mengupdate laman ini..Cuma, ingin saya berkongsi perihal matlamat dan tujuan utama kita hidup di atas muka bumi Allah ini. Bila dihitung-hitung, umur ini hampir menjangkau usia 21 tahun pada hujung tahun 2014 ini.Inshaallah J Terasa baru sahaja dibelai manja oleh mak ayah sewaktu baby dulu. Subahanallah, Kuasa Allah yang masih sayang kepada hambaNya ini. Masih lagi bias bernafas, melihat keindahan alam , merasai nikmat Iman dan Islam, nikmat kasih sayang sesama insan, nikmat merasai kelazatan beribadah kepadaNya…Alhamdulillah. Sahabatku sekalian, lakarlah hidupmu dengan kebahagiaan disamping menyemai barakah. Perjuangan ini masih jauh, sentiasa kita mohon pada Allah agar terus Istiqamah dalam membela agama Islam ini disamping didik dirimu agar sabar dan ikhlas.

Istiqomah: Mestilah berterusan di atas prinsip perjuangan dan beramal dengan segala tuntutannya dengan tidak berpaling dan cenderung kea rah yang lain, hanyut bersama arus, jauh sekali daripada melompat dan menyeleweng daripada perjuangan. Allah berfirman kepada Musa dan Harun yang menghadapi Firaun dalam menegakkan Islam di zamannya: Maksudnya: “ Maka kamu mestilah istiqomah dan janganlah kamu mengikut orang-orang yang tidak tahu” (Yunus : 189)
Apabila Abu Suffian bin Abdullah berkata kepada Rasulullah saw: “katakanlah kepada saya  dengan kata-kata yang jelas sehingga saya tidak perlu lagi bertanya kepada orang lain darimu. Sabda Rasulullah saw:” katakanlah aku beriman kepada Allah dan kemudian beristiqomahlah”.
Dalam Hadis Nabi yang lain:
Maksudnya: “Tiga perkara yang tidak memberi manfaat olehnya bersama sebarang amalan, iaitu menyenkutukan Allah, menderhaka kepada kedua ibu bapa dan lari dari medan perjuangan”

Akhir kalam, Maha suci Allah yang telah mengaturkan kehidupan ini dengan kebaikan.Teguh adalah nafas Rijalul Haq (pejuang kebenaran). Ketahuilah proses pembinaan diri perlulah secara berterusan.Tetap Teguh!! Matlamat hidup perlulah jelas. Kita adalah hamba.


Gambar kenangan organisasi MPPJTK  UM Nilam Puri. Disinilah segalanya bermula,percaturan hebat dari Allah.

Thursday 1 May 2014

Dengan nama Allah yang maha Pengasih,

Salam kasih dan rindu buat para sahabat mujahidah di luar sana,

Agak lama juga saya tidak mengupdate penulisan blog ini,mencoret dan berkongsi cerita kepada teman diluar sana. Mungkin kerana agak sibuk dengan pelbagai perkara di kampus ini.Baru-baru ini diberi amanah untuk menguruskan sebuah program mega persatuan.Alhamdulillah, segalanya berjalan dengan lancar dan dipermudahkan.Pada awalnya, kurang yakin pada diri untuk mengatur gerak kerja tersebut oleh kerana tiada pengalaman dalam mengendalikan bahagian pementasan.Namun,niat dihati untuk membantu dan mempermudahkan urusan orang lain.Segala-galanya Allah bantu.Syukur.

Sempat juga bermesej dengan bonda tercinta,meluahkan rasa dan berkongsi pengalaman.Bonda teman setia mendengar apa jua permasalahan walaupun letih dalam bekerja.Hari ni mereka satu rumah berpuasa sunat..Allahu..sangatla cemburu.Rindu pada keluarga tidak dapat disangkal lagi,walaupun rumah tidak jauh dari kampus dan jarang pulang ke rumah.Memikirkan banyak sungguh amanah dan gerak kerja yang perlu dilaksanakan.Allahu robbi.Semoga mereka dalam jagaan dan peliharaan Allah.

Penulisan saya kali ini hanya mahu berkongsi rasa mengenai ‘cinta’. Apa itu cinta? Cinta kepada siapa agaknya? .Dialog antara saya dengan seorang ukhti yang sungguh baik hati saya kira,saya panggil Kak Ija.Perkenalan kami hanya beberapa jam sahaja.Riak wajahnya sungguh manis dan tenang.Kami mulakan perbualan..

Saya: Kak Ija tinggal mana ye?
Kak Ija: Saya tinggal area sini je.Kat cheras..(sambil senyum)
Saya: Ouh..tak jauhlah dari sini..
Kak Ija: *Angguk.Jauh juga kalau jalan jem .Aishah, rumah kat mana? Mana tau akak bleh datang beraya ke nanti..hee
Saya: Rumah kat Sg.Buloh kak..itupun susah nak balik..banyak sungguh kerja kat kampus ni.
Kak Ija: ouh..bagusla tu,masa terisi.Takdala boring asyik belajar je kan..At least dapat cari pengalaman luar dari bilik kuliah.Sepatutnya student universiti ni kena pandai gunakan peluang masa muda ni untuk explore dan cuba cabar diri dalam pengurusan program macam ni.
Saya: Allah..Kak Ija, inilah pengalaman pertama aishah mengurus program macam ni..Tawakkal je kak..Apa-apapun aishah cuba buat yang terbaik dan niat hanya nak bantu senior-senior.Bagi aishah pengalaman dapat mematangkan diri kita dan ilmu Allah bukan hanya dapat dalam bilik kuliah je..Betul kan kak? .Aishah suka belajar sesuatu dari kehidupan.
Kak Ija: Betul dik.Aishah tahun berapa?
Saya: Tahun 1 kak,second semester.Muda lagi..hee
Kak Ija: *Senyum. Aishah ni suka join usrah ye? Bila bercakap banyak input yang nak dishare..
Saya: Ada juga kak..biasa-biasa je.Cakap dari hati kak.*Senyum .Akak umur berapa?
Kak Ija: 28 dik..muda lagi akak ni..hee
Saya: Yeke? Tak sangka umur akak 28 dah.tak sesuai dengan perangai akak..macam kanak-kanak ribena lagi.Da ada calon ka?
Kak Ija: Ada-ada je aishah ni.Takda lagi calon la..Tolong carikan untuk akak satu.Belum sampai lagi jodoh.
Saya:Hee..Boleh je..Erm..akak, inshaAllah satu hari nanti sampailah jodoh akak tu..Jangan risau, didik diri supaya jadi muslimah yang baik dan solehah.Inshaallah, ketemu nanti dengan si dia yang baik juga.Biiznillah kak.
Kak Ija: Itulah dik.Akak belum sampai lagi masa yang sesuai.Rata-ratanya kawan akak semua dah berkahwin.Dan biasanya, orang yang tanya bila ni..dia akan ‘jalan’ dulu..hee
Saya: Eh.akak ni..jauh lagi saya ni.tak matang lagi dan tak sesuai lagi nak fikir buat masa sekarang.Fokus pada belajar dulu kak.Tanggungjawab ilmu, dakwah dan tarbiah kat kampus ni lagi.Banyak lagi kekurangan pada diri kak.
Kak Ija: Inshaallah aishah. Akak rasa aishah ni da ad ni..*sambil renung pada anak mata saya
Saya: Ishh..akak..mana ada..Tak ada lagi lah..
Kak Ija: *Ketawa sopan
Saya: Tapi kak,firstly kita kena ada target dan matlamat dalam hidup.Matlamat sebagai khalifah Allah, sebagai penuntut ilmu dan lain-lain.Bagi aishah jodoh dan pertemuan itu, Allah yang tentukan, semuanya atas ketentuan Allah.Cuma kita perlu berdoa dan berusaha kak.Apa-apapun perlu ada persediaan dari pelbagai sudut kak. Cinta Allah matlamat utama kita.
Kak Ija: That’s right aishah. Cinta Allah matlamat kita yang utama.Thanks aishah.Suka usrah santai macam ni.Ada hikmah pertemuan kita ni.Sambil menyelam minum air sat..Hee..
Saya: Alhamdulillah kak.sama-sama lah kita kejar cinta Allah kak. Kosong rasanya hidup ni tanpa kehadiran Allah dihati kan? La tahzan ..Robbuna ma’ana~~ *sambil menyanyi
Kak Ija: Amboii dia..potong line akak pula..Tak laku album akak nanti..hee
Saya: *ketawa kecil..

Alhamdulillah.perbualan kami berakhir disitu. Usrah yang santai.Suka saya ulangi, Cinta Allah adalah yang utama.Ya.Rasa suka adalah ketenangan yang hadir tanpa keraguan.Sebaliknya, cinta pula rasa pergantungan yang tinggi dari hati.Semestinya cinta itu pada Allah.Sekiranya Allah mahu mengikat hati kita, itu adalah takdir Allah.Allah ada caranya.Biarlah kita terus menunggu hikmah Allah.

Malam itu saya belajar tentang ‘cinta’.Semoga hati ini terus tetap dalam tarbiah Allah dan dipelihara dalam jagaan cinta serta kasih kepada Allah yang mendalam.Inshaallah.


Moga terus istiqamah dalam mencari hikmahNya.:)

“Ya Allah, sesungguhnya aku mohon kepadaMu untuk mencintaiMu dan mencintai orang yang cinta kepadaMu,. juga perbuatan yang dapat menyampaikan diriku ke arah cintaMu.. Ya Allah, jadikanlah kecintaan padaMu itu lebih aku cintai daripada diriku sendiri,. juga melebihi kecintaan pada keluargaku serta melebihi kecintaan pada air yang dingin..”


Sunday 26 January 2014

University Of Tarbiah

Bismillah. Sudah lama rasanya tidak mencoret kisah di laman sesawang tarbawi ini..Sejak kaki melangkah masuk ke salah sebuah ‘universiti kehidupan’ ini..iaitu University Malaya, belum sempat mahu mencoret rasa, kadangkala terfikir dan tergerak hati untuk melakarkan bicara. Tapi, belum ada lagi masa dan ruang waktu yang boleh menyelit. Ya, kewajipan dan tanggungjawab melebihi masa yang ada sebenarnya. Tapi bagi saya, melalui penulisan ini, saya mampu untuk berkongsi pengalaman bagi mereka yang dahaka pengisian jiwa dan menyampaikan dakwah kepada mereka yang setia membaca. Saya hanya hamba Allah yang kerdil yang hanya mampu berkongsi bagaimana saat diri menerima tarbiah dan mentarbiah Perjalanan kehidupan di sini sungguh mencabar, pelbagai mehnah dan tribulasi telah saya tempuhi sepanjang satu semester ini. Subahanallah, pejam-celik satu semester bakal melabuhkan tirainya. Fasa peperiksaan akhir bakal tamat. Masih teringat lagi saat hari pertama menjejakkan kaki ke universiti tertua ini, masih saya ingat senyuman dan raut wajah abang dan kedua orang tua ke pintu pagar Kolej kediaman Tuanku Kurshiah. Waktu itu abang cuti dan bakal meneruskan pengajiannya semula di Ardhul Kinanah.Inshaallah ada rezeki kami akan grad pada tahun yang sama. Berbalik semula ketika hari pertama di universiti ini, sungguh berbeza dengan bi’ah yang pernah saya rasai semasa di Nilam Puri dahulu. Namun saya harus terima dan menghadapinya dengan hati terbuka dan positif.Saya melihat pelbagai gelagat dan ragam orang di sekeliling yang masih memerlukan tarbiah atau didikan agama sebagai seorang muslim. Pandangan kasih sayang perlu dihulurkan kepada mereka. Seketika bermuhasabah sementara menunggu giliran untuk mendaftarkan diri, abang menemani disisi. Ya, ini tanggungjawab saya dan sahabat-sahabat yang telahpun menerima Tarbiah sewaktu ketika dahulu. Pengajian saya selama 3 tahun setengah ini harus diisi dengan sebaiknya, saya harus menyumbangkan sesuatu untuk masyarakat di sekitar kampus samada di kolej, fakulti dan sebagainya. Sebagai seorang pelajar fakulti Akademi Pengajian Islam yang berjurusan Dakwah & Pembangunan Insan, adalah satu kewajipan untuk saya melaksanakan satu visi serta misi dakwah dan tarbiah disini.Alhamdulillah, perjalanan kehidupan di varsiti tercinta ini banyak mengajar saya erti perjuangan yang sebenar. Shabat-sahabat yang turut berjuang disini turut sama merasai dan berkongsi rasa. Disinilah kami belajar sejauh mana tahap ukhuwah dan pengorbanan dapat dibuktikan, sungguh bila bersama ‘mereka’ saya merasakan satu kenikmatan yang indah. Hati ini hidup dengan ruh keimanan dan perjuangan . Saya berdoa dan mohon pada Allah agar sentiasa ditetapkan iman dan dipermudahkan apa jua urusan dalam menuntut ilmu dan berbakti  untuk Islam disini. Disinilah jua tempat saya mengenali apa itu kehidupan. Alhamdulillah, syukur.Terima kasih mak ayah,abang, adik dan semua teman yang mendoakan.Semoga Allah merahmati kalian.AMEEN

Bersambung...

Saya akhiri entri ini dengan terjemahan sepotong ayat Al-Quran (Surah Ad-Dzariyat: 56) :


"Tidak Aku ciptakan jin dan manusia melainkan untuk mengabdikan diri(kepada Aku)"


Gambar pemandangan di Kundasang, Sabah.Maha Suci Allah.

      27 Januari 2013

(24 Rabiulawal 1453H)
      4.04 pm