Dengan nama Allah yang maha Pengasih,
Salam kasih dan rindu buat para sahabat mujahidah di luar
sana,
Agak lama juga saya tidak mengupdate penulisan blog
ini,mencoret dan berkongsi cerita kepada teman diluar sana. Mungkin kerana agak
sibuk dengan pelbagai perkara di kampus ini.Baru-baru ini diberi amanah untuk
menguruskan sebuah program mega persatuan.Alhamdulillah, segalanya berjalan
dengan lancar dan dipermudahkan.Pada awalnya, kurang yakin pada diri untuk
mengatur gerak kerja tersebut oleh kerana tiada pengalaman dalam mengendalikan
bahagian pementasan.Namun,niat dihati untuk membantu dan mempermudahkan urusan
orang lain.Segala-galanya Allah bantu.Syukur.
Sempat juga bermesej dengan bonda tercinta,meluahkan rasa
dan berkongsi pengalaman.Bonda teman setia mendengar apa jua permasalahan
walaupun letih dalam bekerja.Hari ni mereka satu rumah berpuasa
sunat..Allahu..sangatla cemburu.Rindu pada keluarga tidak dapat disangkal
lagi,walaupun rumah tidak jauh dari kampus dan jarang pulang ke
rumah.Memikirkan banyak sungguh amanah dan gerak kerja yang perlu dilaksanakan.Allahu
robbi.Semoga mereka dalam jagaan dan peliharaan Allah.
Penulisan saya kali ini hanya mahu berkongsi rasa mengenai ‘cinta’.
Apa itu cinta? Cinta kepada siapa agaknya? .Dialog antara saya dengan seorang
ukhti yang sungguh baik hati saya kira,saya panggil Kak Ija.Perkenalan kami
hanya beberapa jam sahaja.Riak wajahnya sungguh manis dan tenang.Kami mulakan
perbualan..
Saya: Kak Ija tinggal mana ye?
Kak Ija: Saya tinggal area sini je.Kat cheras..(sambil
senyum)
Saya: Ouh..tak jauhlah dari sini..
Kak Ija: *Angguk.Jauh juga kalau jalan jem .Aishah, rumah
kat mana? Mana tau akak bleh datang beraya ke nanti..hee
Saya: Rumah kat Sg.Buloh kak..itupun susah nak balik..banyak
sungguh kerja kat kampus ni.
Kak Ija: ouh..bagusla tu,masa terisi.Takdala boring
asyik belajar je kan..At least dapat cari pengalaman luar dari bilik
kuliah.Sepatutnya student universiti ni kena pandai gunakan peluang masa muda
ni untuk explore dan cuba cabar diri dalam pengurusan program macam ni.
Saya: Allah..Kak Ija, inilah pengalaman pertama aishah
mengurus program macam ni..Tawakkal je kak..Apa-apapun aishah cuba buat yang
terbaik dan niat hanya nak bantu senior-senior.Bagi aishah pengalaman dapat
mematangkan diri kita dan ilmu Allah bukan hanya dapat dalam bilik kuliah
je..Betul kan kak? .Aishah suka belajar sesuatu dari kehidupan.
Kak Ija: Betul dik.Aishah tahun berapa?
Saya: Tahun 1 kak,second semester.Muda lagi..hee
Kak Ija: *Senyum. Aishah ni suka join usrah ye? Bila
bercakap banyak input yang nak dishare..
Saya: Ada juga kak..biasa-biasa je.Cakap dari hati
kak.*Senyum .Akak umur berapa?
Kak Ija: 28 dik..muda lagi akak ni..hee
Saya: Yeke? Tak sangka umur akak 28 dah.tak sesuai dengan
perangai akak..macam kanak-kanak ribena lagi.Da ada calon ka?
Kak Ija: Ada-ada je aishah ni.Takda lagi calon la..Tolong
carikan untuk akak satu.Belum sampai lagi jodoh.
Saya:Hee..Boleh je..Erm..akak, inshaAllah satu hari nanti
sampailah jodoh akak tu..Jangan risau, didik diri supaya jadi muslimah yang
baik dan solehah.Inshaallah, ketemu nanti dengan si dia yang baik
juga.Biiznillah kak.
Kak Ija: Itulah dik.Akak belum sampai lagi masa yang
sesuai.Rata-ratanya kawan akak semua dah berkahwin.Dan biasanya, orang yang tanya
bila ni..dia akan ‘jalan’ dulu..hee
Saya: Eh.akak ni..jauh lagi saya ni.tak matang lagi dan tak
sesuai lagi nak fikir buat masa sekarang.Fokus pada belajar dulu
kak.Tanggungjawab ilmu, dakwah dan tarbiah kat kampus ni lagi.Banyak lagi
kekurangan pada diri kak.
Kak Ija: Inshaallah aishah. Akak rasa aishah ni da ad
ni..*sambil renung pada anak mata saya
Saya: Ishh..akak..mana ada..Tak ada lagi lah..
Kak Ija: *Ketawa sopan
Saya: Tapi kak,firstly kita kena ada target dan matlamat dalam
hidup.Matlamat sebagai khalifah Allah, sebagai penuntut ilmu dan lain-lain.Bagi
aishah jodoh dan pertemuan itu, Allah yang tentukan, semuanya atas ketentuan
Allah.Cuma kita perlu berdoa dan berusaha kak.Apa-apapun perlu ada persediaan
dari pelbagai sudut kak. Cinta Allah matlamat utama kita.
Kak Ija: That’s right aishah. Cinta Allah matlamat kita yang
utama.Thanks aishah.Suka usrah santai macam ni.Ada hikmah pertemuan kita
ni.Sambil menyelam minum air sat..Hee..
Saya: Alhamdulillah kak.sama-sama lah kita kejar cinta Allah
kak. Kosong rasanya hidup ni tanpa kehadiran Allah dihati kan? La tahzan
..Robbuna ma’ana~~ *sambil menyanyi
Kak Ija: Amboii dia..potong line akak pula..Tak laku album
akak nanti..hee
Saya: *ketawa kecil..
Alhamdulillah.perbualan kami berakhir disitu. Usrah yang
santai.Suka saya ulangi, Cinta Allah adalah yang utama.Ya.Rasa suka adalah
ketenangan yang hadir tanpa keraguan.Sebaliknya, cinta pula rasa pergantungan
yang tinggi dari hati.Semestinya cinta itu pada Allah.Sekiranya Allah mahu
mengikat hati kita, itu adalah takdir Allah.Allah ada caranya.Biarlah kita
terus menunggu hikmah Allah.
Malam itu saya belajar tentang ‘cinta’.Semoga hati ini terus
tetap dalam tarbiah Allah dan dipelihara dalam jagaan cinta serta kasih kepada Allah
yang mendalam.Inshaallah.
Moga terus istiqamah dalam mencari hikmahNya.:)
“Ya Allah, sesungguhnya aku mohon kepadaMu untuk mencintaiMu dan mencintai orang yang cinta kepadaMu,. juga perbuatan yang dapat menyampaikan diriku ke arah cintaMu.. Ya Allah, jadikanlah kecintaan padaMu itu lebih aku cintai daripada diriku sendiri,. juga melebihi kecintaan pada keluargaku serta melebihi kecintaan pada air yang dingin..”