Bismillah. Sudah lama
rasanya tidak mencoret kisah di laman sesawang tarbawi ini..Sejak kaki
melangkah masuk ke salah sebuah ‘universiti kehidupan’ ini..iaitu University
Malaya, belum sempat mahu mencoret rasa, kadangkala terfikir dan tergerak hati
untuk melakarkan bicara. Tapi, belum ada lagi masa dan ruang waktu yang boleh
menyelit. Ya, kewajipan dan tanggungjawab melebihi masa yang ada sebenarnya.
Tapi bagi saya, melalui penulisan ini, saya mampu untuk berkongsi pengalaman
bagi mereka yang dahaka pengisian jiwa dan menyampaikan dakwah kepada mereka
yang setia membaca. Saya hanya hamba Allah yang kerdil yang hanya mampu
berkongsi bagaimana saat diri menerima tarbiah dan mentarbiah Perjalanan
kehidupan di sini sungguh mencabar, pelbagai mehnah dan tribulasi telah saya
tempuhi sepanjang satu semester ini. Subahanallah, pejam-celik satu semester
bakal melabuhkan tirainya. Fasa peperiksaan akhir bakal tamat. Masih teringat
lagi saat hari pertama menjejakkan kaki ke universiti tertua ini, masih saya
ingat senyuman dan raut wajah abang dan kedua orang tua ke pintu pagar Kolej
kediaman Tuanku Kurshiah. Waktu itu abang cuti dan bakal meneruskan
pengajiannya semula di Ardhul Kinanah.Inshaallah ada rezeki kami akan grad pada
tahun yang sama. Berbalik semula ketika hari pertama di universiti ini, sungguh
berbeza dengan bi’ah yang pernah saya rasai semasa di Nilam Puri dahulu. Namun
saya harus terima dan menghadapinya dengan hati terbuka dan positif.Saya
melihat pelbagai gelagat dan ragam orang di sekeliling yang masih memerlukan
tarbiah atau didikan agama sebagai seorang muslim. Pandangan kasih sayang perlu
dihulurkan kepada mereka. Seketika bermuhasabah sementara menunggu giliran
untuk mendaftarkan diri, abang menemani disisi. Ya, ini tanggungjawab saya dan
sahabat-sahabat yang telahpun menerima Tarbiah sewaktu ketika dahulu. Pengajian
saya selama 3 tahun setengah ini harus diisi dengan sebaiknya, saya harus
menyumbangkan sesuatu untuk masyarakat di sekitar kampus samada di kolej,
fakulti dan sebagainya. Sebagai seorang pelajar fakulti Akademi Pengajian Islam
yang berjurusan Dakwah & Pembangunan Insan, adalah satu kewajipan untuk
saya melaksanakan satu visi serta misi dakwah dan tarbiah disini.Alhamdulillah,
perjalanan kehidupan di varsiti tercinta ini banyak mengajar saya erti
perjuangan yang sebenar. Shabat-sahabat yang turut berjuang disini turut sama
merasai dan berkongsi rasa. Disinilah kami belajar sejauh mana tahap ukhuwah
dan pengorbanan dapat dibuktikan, sungguh bila bersama ‘mereka’ saya merasakan
satu kenikmatan yang indah. Hati ini hidup dengan ruh keimanan dan perjuangan .
Saya berdoa dan mohon pada Allah agar sentiasa ditetapkan iman dan
dipermudahkan apa jua urusan dalam menuntut ilmu dan berbakti untuk Islam
disini. Disinilah jua tempat saya mengenali apa itu kehidupan. Alhamdulillah,
syukur.Terima kasih mak ayah,abang, adik dan semua teman yang mendoakan.Semoga
Allah merahmati kalian.AMEEN
Bersambung...
Saya akhiri entri ini
dengan terjemahan sepotong ayat Al-Quran (Surah Ad-Dzariyat: 56) :
"Tidak
Aku ciptakan jin dan manusia melainkan untuk mengabdikan diri(kepada Aku)"
Gambar pemandangan di Kundasang, Sabah.Maha Suci Allah.
27 Januari 2013
(24
Rabiulawal 1453H)