Assalamualaikum wbt,
Salam ceria buat sahabat setia yang
sudi singgah ke laman tarbiyah dan dakwah saya ini. Sudah lama kiranya saya
tidak mengupdate laman ini..Cuma, ingin saya berkongsi perihal matlamat dan
tujuan utama kita hidup di atas muka bumi Allah ini. Bila dihitung-hitung, umur
ini hampir menjangkau usia 21 tahun pada hujung tahun 2014 ini.Inshaallah J Terasa baru sahaja dibelai manja oleh
mak ayah sewaktu baby dulu. Subahanallah, Kuasa Allah yang masih sayang kepada
hambaNya ini. Masih lagi bias bernafas, melihat keindahan alam , merasai nikmat
Iman dan Islam, nikmat kasih sayang sesama insan, nikmat merasai kelazatan
beribadah kepadaNya…Alhamdulillah. Sahabatku sekalian, lakarlah hidupmu dengan
kebahagiaan disamping menyemai barakah. Perjuangan ini masih jauh, sentiasa kita
mohon pada Allah agar terus Istiqamah dalam membela agama Islam ini disamping
didik dirimu agar sabar dan ikhlas.
Istiqomah: Mestilah
berterusan di atas prinsip perjuangan dan beramal dengan segala tuntutannya
dengan tidak berpaling dan cenderung kea rah yang lain, hanyut bersama arus,
jauh sekali daripada melompat dan menyeleweng daripada perjuangan. Allah
berfirman kepada Musa dan Harun yang menghadapi Firaun dalam menegakkan Islam
di zamannya: Maksudnya: “ Maka kamu mestilah istiqomah dan janganlah
kamu mengikut orang-orang yang tidak tahu” (Yunus : 189)
Apabila Abu Suffian bin Abdullah
berkata kepada Rasulullah saw: “katakanlah kepada saya dengan kata-kata yang jelas sehingga saya
tidak perlu lagi bertanya kepada orang lain darimu. Sabda Rasulullah saw:”
katakanlah aku beriman kepada Allah dan kemudian beristiqomahlah”.
Dalam Hadis Nabi yang lain:
Maksudnya: “Tiga perkara yang tidak memberi manfaat olehnya bersama sebarang amalan, iaitu menyenkutukan Allah, menderhaka kepada kedua ibu bapa dan lari dari medan perjuangan”
Maksudnya: “Tiga perkara yang tidak memberi manfaat olehnya bersama sebarang amalan, iaitu menyenkutukan Allah, menderhaka kepada kedua ibu bapa dan lari dari medan perjuangan”
Akhir kalam, Maha suci Allah yang
telah mengaturkan kehidupan ini dengan kebaikan.Teguh adalah nafas Rijalul Haq
(pejuang kebenaran). Ketahuilah proses pembinaan diri perlulah secara
berterusan.Tetap Teguh!! Matlamat hidup perlulah jelas. Kita adalah hamba.
Gambar kenangan organisasi MPPJTK UM Nilam Puri. Disinilah segalanya bermula,percaturan hebat dari Allah.